29.5.08

Janggal Di Bumi Merdeka

Janggal,
Berada di sini
Memerhati dan memerhati
Bukan manusia terseksa dilihatnya

Janggal,
Berada di sini
Medengar dan mendengar
Bukan tangisan anak didengarnya

Tapi sini bukan tempat asing
Sinilah mana kau diherdik dahulu
Sinilah mana kau dipijak dahulu
Sinilah mana kau dihina dahulu

Janggal,
Ini bumi yang aman
Ini bumi sentosa

Sekian lama kau berusaha
Kini
Kata cucu-cicitmu,
Inilah bumi merdeka.

IZZUDIN, Ogos 2007