Ligat bergerak lidah manusia
Petah bicara
Omong ringan perwira dunia
Mengubah segalanya
Menang jawatan tinggi angkasa
Hanya kerana kata-kata
Sepatah diucap penuh makna
Sekadar bijak bermain bahasa
Lihat guru ajar si kutu
Terus berubah semangat jitu
Lihat bapak ajar si anak
Terus pandai bebas bergerak
Lihat raja membimbing rakyat
Maju negara sepanjang hayat
Jika tidak tahu bahasa
Langsung gagal segala usaha
Mungkin darjat tidak bermakna
Tanpa kuasa tidak mengapa
Namun satu benda, jangan kau lupa
Bahasa sentiasa tersemat di jiwa
Kelu lidah kamu
Pilu, hati tak terdetik, hanya terpaku
Minda kosong penuh debu
Retak otak, tak berguna
Bukan sifat yang terkurang
Tiada cacat tiada cela
Patah semua semangat manusia
Tanpa bahasa hilang bangsa
— Izzudin, 1 April 2008
8.4.08
Kata Penuh Makna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
marilah joinn...
manusia sekarang suda lupa
kerena mereka terleka
menyangjung barat terhampus bahasa
inikah nama rakyat malaysia?
terkenal dgn budaya
lemah berbudi bahasa.
hanya bijak berkata-kata
tapi tidak kenal budaya mereka
p/s:
hahaha
oke ka ?
saya hanya insan biasa
tidak tahu bermadah bicara.
:)
Post a Comment