17.4.08

Kenangan

Kenangan semalam....
masih kuat menggayuti di minda
walau dicuba melupainya
namun masih erat genggam tangan ingatan
pada pautan fikiran.

Kenangan semalam,
hadirnya bak pawana
berhembus segar,suci
damai menjengah di kalbu.
Seperti hembusan pawana juga
ia berlalu
meninggalkan haruman kerinduan
bersama layangan daun-daun...
bahagia.

Tika ini,
kala sunyi bertandang bilik diri
ia datang lagi
diiring banjiran senyuman
melimpah di wajah
mengapung ketenangan.
Tapi kusedar kenangan selamanya kenangan
kerna hari esok bakal mencipta ribuan kenangan
harus sedar hidup mesti diteruskan
kerna diri memerlukan pengalaman
untuk hidup di bumi Tuhan!

23 Julai 2005
MakLaN

2 comments:

aiNuL said...

wah..maklan bwt sajak?hehe..
hebat2..=)

B Hunter said...

tengok kaki r..
jangan panggil dak sastra kalu tak boleh hasilkan karya.. hukhuk