20.8.08

Dejavu Sebuah Merdeka

Anak kecil itu
Berlari-lari lelah
Sambil mengesat-ngesat peluh yang jatuh ke dahi.
Dia sedar langkahnya tidaklah selaju mana
Dan dia mengerti amat
Bahwa apa yang mengejarnya
Bagai kilat yang menyambar tunggul kayu di belakang rumahnya
Suatu ketika dahulu.
Tetapi dia tetap teruskan langkahnya
Memerah keringat demi kelangsungan hidup.
Tiba-tiba, langkahnya membatu, matanya terpaku ke suatu arah
Nun disana

Kedengaran suara orang tua
Memanggil-manggil tatkala tangan menggamit sahabatnya
Terjatuh kerana kakinya bagai ranting patah dipijak gajah turun minyak
Terkena jerangkap samar.
Satu ketika kemudian, terdengar bunyi tembakan senapang
Dan berakhirlah riwayat hidp dua orang sahabat
Yang ditamatkan kisahnya kerana berjuang demi kebebasan hidup
‘Kasihan, Kasihan’, getus hati si anak kecil yang sayu
Bunyi senapang tidak kedengaran.

Anak kecil itu meneruskan langkahnya
seketika kemudian
Dia terasa haus
Lalu bersandar di pokok ketapang
Sambil mata melilau mencari air
Ditajamkan pandangan ke rumah ketua kampung
Yang satu ketika dulu
Riuh rendah dengan musyawarah dan dan perbincangan
Kini hanya tinggal rangka sahaja.
Anak kecil hanya menggeleng kepala
Lalu beredar dari situ

Mentari sudah hampir ke ufuk Barat
Anak kecil masih bejalan menuju ke tempat yang tiada bertanda
Perjalanan yang sepi.
Perjalanan yang pilu.
Perjalan yang menyesakkan dada.
Te te te te te
Bunyi apa itu?
Te te te te te
Bunyi itu semakin hampir
Anak kecil semakin takut
Melihat sebuah lori hijau
Bibirnya tersenyum tawar... lalu rebah ke bumi.

Kini,
Anak kecil tu sudah dewasa
Hidupnya tidaklah semewah mana
Tetapi dia bersyukur tehadap Rabbul Izzati
Yang menganugerahkan nikmat kebebasan, nikmat kemerdekaan
Terhadap tanah air yang dikecapi dengan susah payah.
Namun, jauh di sudut hatinya sedih, sedih amat
Kenapa orang-orang yang hidup di zaman ini tidak tahu menghargai kemerdekaan??
Apakah mereka tahu yang penjajahan kini lebih kepada ideologi-ideologi bodoh yang hanya
mengkhayalkan dan dan membuai impian-impian palsu mereka?
Adakah dejavu bakal berlaku?
Ah, dia mengeluh.

MakLaN
16 Ogos 2008

2 comments: